Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd
(Lotus’s Malaysia) together with Halal Development Corporation (HDC) collaborate
to raise the marketability of Malaysian made Halal products in Make Halal Your
First Choice campaign, a programme under the 2022 Budget Initiative.
Launching the campaign at Lotus’s
Ampang today was Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Deputy Minister of
Malaysia Domestic Trade and Consumer Affairs accompanied by Hairol Ariffein
Sahari Chief Executive Officer of Halal Development Corporation and Kenneth
Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
The Make Halal Your First Choice campaign
seeks to gain consumer interest and trust for quality and affordable local and
Halal certified products manufactured by homegrown Small and Medium Enterprises
(SME). Throughout April to July 2022, Lotus’s is featuring a total of 389 lines
of food and non-food grocery items from 71 of its partnering SMEs in all 64
Lotus’s stores nationwide.
“Halal is becoming more
than just a religious statement but also a statement of quality. In this
dynamic retail environment, that heavily depends on consumer preference,
quality and affordability have become key factors that influence their
purchases”, said Kenneth
Chuah, President of Lotus’s Malaysia. “While retailers like Lotus’s continue to be a platform for SMEs to
advance their businesses, it is also important that local producers equip
themselves with the right skills and capability to produce quality and
competitively priced products to help them rebuild and sustain their
businesses after the effects of the Covid-19 pandemic.”
“We hope this campaign will attract
SMEs to make Halal as a value proposition or added value to their respective
business activities. For consumers, we hope that this campaign will foster a
Halal first mindset in this country, to make Halal products a top choice in their
daily lives”, added Hairol Ariffein Sahari, Chief Executive Officer of Halal
Development Corporation.
At the
launch, Lotus’s also stated that they have the confidence in the capabilities
and qualities of local SME producers as 90 per cent of its three thousand
Lotus’s Own Brand products are sourced and manufactured locally. Its house
brand items like food products and oral care are fully Halal certified.
The company also understands its
responsibility in ensuring that local SMEs which are an important pillar of
economic growth can grow and sustain. Beyond listing SME products in all its
stores, Lotus’s also works closely with them in product development, pricing
& marketing strategies, and product packaging improvements.
In
support to the campaign, Lotus’s conducted initiatives like product offers,
in-store communications, promotions in media platforms and product samplings to
encourage customers to shop at their outlets or on Lotus’s online for the many
ranges of Halal products.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd
(Lotus’s Malaysia) bersama-sama dengan Halal Development Corporation (HDC) bekerjasama
untuk meningkatkan kebolehpasaran produk Halal buatan Malaysia dalam Kempen
Jadikan Halal Pilihan Utama Anda, di bawah Inisiatif Bajet 2022.
Melancarkan kempen di Lotus’s Ampang
hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia diiringi oleh Hairol
Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation dan
Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.
Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda
bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan pengguna untuk memilih produk
tempatan Halal yang berkualiti dan berpatutan yang dihasilkan oleh Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS). Sepanjang bulan April hingga Julai 2022, Lotus’s
menampilkan sejumlah 389 barisan barangan runcit makanan dan bukan makanan
daripada 71 rakan kongsi PKS di kesemua 64 stor Lotus’s di seluruh negara.
“Halal bukan sekadar syarat makanan
Islam tetapi juga sinonim kepada pernyataan kualiti. Dalam persekitaran runcit
yang dinamik ini, yang sangat bergantung pada pilihan pengguna, kualiti dan
kemampuan telah menjadi faktor utama yang mempengaruhi pembelian mereka,” kata
Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia. “Walaupun peruncit seperti Lotus’s
terus menjadi platform bagi PKS untuk memajukan perniagaan mereka, ia juga
penting untuk pengeluar tempatan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan
keupayaan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kompetitif untuk
membantu mereka membina semula dan mengekalkan perniagaan selepas kesan pandemik
Covid-19”
“Kami amat
berharap kempen ini dapat menarik minat PMKS di luar sana untuk menjadikan
Halal sebagai satu ‘value proposition’ atau nilai tambah kepada aktiviti
perniagaan masing-masing. Dari sudut kepenggunaaan pula, kami amat berharap
agar kempen ini dapat memupuk satu ‘halal-first mindset’ di kalangan pengguna
di negara ini untuk menjadikan produk halal pilihan utama dalam kehidupan
seharian mereka”, tambah Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Halal
Development Corporation.
Pada
pelancaran itu, Lotus’s juga menyatakan bahawa mereka mempunyai keyakinan
terhadap keupayaan dan kualiti pengeluar PKS tempatan kerana 90 peratus
daripada tiga ribu produk berjenama Lotus’s diperolehi dan dihasilkan secara
tempatan. Barangan jenama Lotus’s seperti produk makanan dan penjagaan mulut
diperakui Halal sepenuhnya.
Lotus’s juga memahami tanggungjawabnya
dalam memastikan PKS tempatan yang merupakan tonggak penting pertumbuhan
ekonomi negara dapat berkembang dan bertahan. Selain menyenaraikan produk PKS
di kesemua stornya, Lotus’s juga bekerjasama rapat dengan mereka dalam
pembangunan produk, strategi harga & pemasaran, dan penambahbaikan
pembungkusan produk.
Sebagai
sokongan kepada kempen ini, Lotus’s turut menjalankan inisiatif seperti tawaran
produk, komunikasi dalam stor, promosi dalam platform media dan sampel produk
untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah di stor Lotus’s atau di dalam talian
untuk memperolehi pelbagai rangkaian produk Halal.